"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
syafaat nabi SWT
''aku boleh berikan syafaat kepada umatku yang melakukan dosa besar,''(riwayat abu daud dan al tarmizi)
Wednesday, June 05, 2013
BERCINTA SELEPAS NIKAH BUAT ZARITH SUFIEA
cerpen : Bercinta Selepas Nikah
Terkebil-kebil mataku membaca pamphlet yang baru sahaja aku temui di atas jalan yang kulalui tadi. Dan perlahan aku menelan air liurku. Gambar sebiji coklat yang berbentuk hati itu kelihatan seperti sangat comel dan sangat lazat. Serius! Itu adalah coklat paling menarik pernah aku nampak selama aku menjadi penggemar fanatik coklat.
Okey, ini tidak boleh jadi. Aku harus ... harus .. arghhhh .. tidak! Aku WAJIB belajar macam mana untuk membuat coklat ini. Aku mesti dapatkan rahsia di sebalik coklat itu yang seperti memanggil-manggilku untuk aku jamahnya, untuk aku masukkannya ke dalam mulut dan kemudian menikmati saat-saat ia cair di dalam mulutku. Oh, heaven!!
Pamphlet di tangan kugenggam erat-erat seraya melajukan langkah ke arah Chocolaterie's Lounge yang gagah tersergam di hadapanku. Sebaik sahaja tiba di muka pintu, pantas sahaja tanganku menolaknya. Bunyi loceng bergema perlahan namun langsung tidak aku hiraukan.
Pandangan mataku tertancap pada belakang seorang lelaki yang kelihatan seperti sedang memasukkan sesuatu ke dalam beg. Seketika kemudian lelaki itu berpaling. Dan saat itu juga aku tergamam.
Lelaki itu .lelaki itu seperti coklat! Oh..tidak! Tidak!! Maksudku dia punya bau coklat yang kuat. Seakan-akan bau coklat itu dihasilkan dari tubuhnya. Dan aku .aku gemar bau itu.
`Isy, apa kamu fikir ni, Hanis? Merepek betul! Mana ada orang keluarkan bau coklat.'
"Yes??" soal lelaki itu dengan kening yang sedikit terangkat.
Aku tersentak sejenak sebelum aku cepat-cepat menghulurkan pamphlet yang sedari tadi berada di tanganku. "Saya nak join kelas ni."
Lelaki itu mengerling sekilas pada pamphlet tersebut sebelum akhirnya menjawab dengan tegas. "Kelas ni dah ditutup. I'm not teaching anymore."
Terkelip-kelip mataku cuba menganalisa kata-katanya tadi.
"Huh?"
Lelaki itu tersenyum kecil seraya mengambil pamphlet dari tanganku dan meletakkannya di meja yang berhampiran. "Saya takkan mengajar lagi."
"Mana boleh!" Tanpa sedar aku terjerit. Sedikit tersentak lelaki itu dengan tindakan luar kawalanku.
Spontan aku menggigit bibir. Ingin sahaja aku mengetuk kepala sendiri. Okey, kamu Cik Hanis Nadiah, tolong behave sikit, boleh tak?
"Saya minta maaf, cik. Tapi kelas ni memang dah ditutup," ujar lelaki itu setelah beberapa saat kelihatan terperanjat dengan perangai anehku yang enak-enak sahaja menjerit begitu tadi.
"Tapi, kat dalam pamphlet ni tak ada pun tulis, kelas dah ditutup.." bidasku kembali dengan nada yang sedikit berbaur tidak puas hati.
Lelaki itu tersenyum nipis dan menggelengkan kepala. Sedang mentertawakan aku dalam diam, mungkin. Tapi, aku tidak peduli. Yang penting sekarang adalah coklat itu. Ya, coklat yang yummy itu
"Memang, tapi saya ada hal penting yang perlu diuruskan. So kelas terpaksa ditutup dan sekarang cik boleh keluar." Lelaki itu membalas seraya memalingkan tubuh.
"Jangan! Encik tak boleh pergi!!" Tanpa sedar, sekali lagi aku terjerit.
Lelaki itu terkaku seketika sebelum menoleh dengan wajah yang kelihatan sedikit aneh. Seperti nakal! Pantas aku mengerutkan dahi. Lelaki ini kenapa?
"Cik nak saya tanggalkan baju kat sini ke?" soal lelaki itu tiba-tiba.
Errk?? Apa jenis soalan ni? Apa kena-mengena kelas nak buat coklat dengan tanggalkan baju? Lelaki ini lelaki ini penjahat, ke? Oh, tidak!!!
"Errr, encik kenapa kenapa tanya macam tu?" tanyaku, takut-takut.
Meletus ketawa kecil lelaki itu. Kemudian dia menghalakan bebola matanya ke bawah. Aku turut sama mengikut pergerakan matanya.
ikuti sambunganye di link ini http://honey-rosa.blogspot.com/2012/11/cerpen-bercinta-selepas-nikah.html?m=1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment